MOMENTUM INTERNET

Momentum Internet Sdn Bhd ditubuhkan pada 07 Februari 2014 oleh Mohd Najib Bin Asaddok selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Perniagaan yang dijalankan oleh Momentum Internet Sdn Bhd ialah berasaskan latihan dan perunding pemasaran digital. Oleh itu, penubuhan syarikat adalah bertujuan membantu usahawan dan perniagaan menggunakan sepenuh potensi pasaran secara dalam talian (online).

Kami di Momentum Internet Sdn Bhd mempercayai bahawa gabungan antara teknologi dan sentuhan emosi manusia mampu melonjak naik hasil jualan syarikat ke tahap yang memberangsangkan.

Momentum Internet Sdn Bhd memberikan bimbingan dan ilmu perniagaan kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada. Seminar perniagaan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai perniagaan konvensional atau online dengan menghimpunkan kesemua peserta dari seluruh Malaysia di lokasi latihan di Johor dan Kuala Lumpur.

Di masa kini, pengguna lebih banyak bergantung kepada internet dan media sosial, justeru para usahawan yang ingin berjaya perlu membuat perniagaan dan pemasaran secara online untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Najib Asaddok merupakan seorang jurulatih, perunding pemasaran digital dan penulis buku pemasaran. Antara buku hasil karya beliau adalah bertajuk Roket Emel, Roket Bisnes, Buku Momentum Bisnes Edisi 1, 33 Benda Saya Nak Cakap, Buku 4 Turbo Copywriting, Buku Roket Pemasaran Momentum, dan Buku Momentum Bisnes Edisi 2.

Beliau berpengalaman dalam bidang penjualan sejak tahun 2005. Najib Asaddok telah melatih ribuan usahawan dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei sehingga berjaya. Beliau menjadi rujukan dan membantu usahawan melalui siri latihan secara online di Facebook, YouTube dan emel.

Najib Asaddok turut diundang sebagai penceramah dan memberikan perkongsian ilmu kepada institusi MARA, Perbadanan Usahawan Negeri Johor, MRSM, Kolej Komuniti, UPSI, UTM, KUIS dan lain-lain. Beliau juga telah ditemuramah media seperti Harian Metro, Majalah Harmoni, Nasi Lemak Kopi- O TV9, Selamat Pagi Malaysia, ASTRO, Sinar Harian dan Majalah Remaja.

Syarikat Momentum Internet Sdn Bhd juga mempunyai ibupejabat di Kluang, manakala cawangan di Shah Alam dan Johor Bahru. Momentum Internet Sdn Bhd telah dibahagikan kepada bilangan 5 buah jabatan dengan jumlah tenaga kerja seramai 32 orang pekerja yang berdedikasi.