Helping Hand For Everyone

AKTIVITI KEBAJIKAN MELALUI PROGRAM “KASIHNYA”

Resources |

Corporate Social Relation

BERSAMA HULURKAN BANTUAN

Program “KasihNya” ini membantu secara terus kepada individu dan keluarga  yang memerlukan dan meringankan beban penderitaan yang ditanggung tanpa mengira agama dan kaum.

Di samping itu, pihak Momentum Internet Sdn.Bhd melalui pengasasnya Tn. Najib Asaddok dan Pn. Nuruliyzah Rahiman selaku Pengarah syarikat juga bekerjasama rapat dengan badan kebajikan lain untuk memastikan program-program kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lebih lancar dari semasa ke semasa

CSR (30 Jan 21) - Pusat Kesihatan CAC, Kluang

Terima kasih pihak KKM yang membantu menjaga kami, sewaktu kami dijangkiti covid-19. Alhamdulillah dapat beri sedikit bantuan dan kelengkapan PPE untuk frontliners di Cac, Kluang. Semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan mereka.

CSR (28 Jul 21) - Daerah Kluang

Alhamdulillah, Tn. Najib & team Momentum dapat berikan 1,000 sumbangan kepada penduduk yang terkesan akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan Cov-19). Program ini dijalankan bersama-sama Gagasan (G13 Kluang) yang diketuai oleh Tok Johani. Hampir 40 buah keluarga menerima sumbangan melalui pandu lalu sahaja. Selebihnya diuruskan oleh Ketua Kampung.

CSR (04 Ogos 21) - Perkampungan Orang Asli Sg.Peroh & Ladang Zamrud Kahang, Kluang

Alhamdulillah, Tn. Najib, Pn. Iyzah & team Momentum dapat berikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan Cov-19). Walaupun perjalanan mengambil masa 2 jam dan agak mencabar dengan jalan berbatu dan , kami berjaya memasuki kawasan tersebut. 

CSR (25 Oct 21) - Hospital Eche' Besar Hajah Khalsom, Kluang

Alhamdulillah, Tn. Najib & team Momentum berpeluang untuk turun padang dan memberi sumbangan kepada frontliners di Pejabat Kesihatan Daerah, Kluang & HBEHK. Kami dapat mengenal lebih dekat cara kerja jabatan Juruteknologi Makmal Perubatan yang kebanyakan orang tak pandang dan faham. Mereka ini yang memeriksa sample ujian covid-19, kami sangat kagum. Sebanyak 550 sumbangan makan McDonald’s diberi dan penghargaan khas untuk mereka. Sama-sama berkongsi rezeki bersama mereka.