Our director
- Main |
- About Us |
- Director

- Nama Penuh : Nuruliyzah Binti Rahiman
- Tempat Kelahiran : Labis, Segamat, Johor
- Adik Beradik : Anak ke-2 Daripada 4 Orang Adik Beradik
Beliau merupakan Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah Momentum Internet Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan seorang isteri merangkap tulang belakang kepada pengasas Momentum Internet iaitu Tn.Najib Asaddok. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Labis, Johor dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Ibrahim, Labis, Johor.
Seterusnya, beliau meneruskan persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara, Muar, Johor. Beliau menyambung pengajian tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda (Teknologi Kimia) dan seterusnya ke Maktab Perguruan Temenggung Abu Bakar.
Dalam bidang kerjayanya, Puan Iyzah juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Kimia di Syarikat Akzo Nobel. Setelah beberapa tahun kemudiannya beliau dilantik sebagai guru dan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, Labis, Johor. Sepanjang menjadi guru, beliau juga pernah menabur bakti Sekolah Kebangsaan Kahang Timur, Kluang. Johor.
Pada tahun 2016, beliau memilih untuk menamatkan karier dalam bidang perguruan dan kini memberikan tumpuan penuh membantu suami dan menguruskan perniagaan Momentum Internet. Di waktu lapang, Pn. Iyzah meluangkan masa dengan hobinya membaca buku. Kali pertama, beliau menjinakkan diri dalam bidang penulisan diblog beliau suatu ketika dahulu. Kini, Pn Iyzah aktif berkongsi ilmu dan info secara ‘Live Streaming’ di Facebook Najib Asaddok.
Rancangan Di Media Sosial

Tuan Ceo Puan Direktor
Naskhah sulung Puan Iyzah bakal dilancarkan tidak lama lagi. Nantikannya ! Tawaran istimewa buat follower tercinta Puan Iyzah.
SMM
Sarapan Minda Momentum