PERLINDUNGAN DATA DAN DASAR PRIVASI

Di Momentum Internet Sdn. Bhd., kami komited untuk melindungi privasi dan data peribadi pelanggan. Data peribadi termasuk maklumat yang boleh dikaitkan atau ditujukan kepada individu tertentu seperti nama, alamat, nombor telefon, atau alamat emel. Sekiranya Momentum Internet Sdn. Bhd. meminta pelanggan untuk memberikan maklumat tertentu di laman web ini, maka pelanggan bersetuju bahawa ia hanya digunakan untuk tujuan seperti yang diminta itu.

Dengan memberikan maklumat peribadi pelanggan kepada Momentum Internet Sdn. Bhd., pelanggan telah memberikan persetujuan untuk mengumpulkan, menggunakan, dan mendedahkan maklumat peribadi pelanggan di bawah dasar dan undang-undang perlindungan data dan privasi yang relevan di Malaysia yang mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (PDPA). Sekiranya pelanggan tidak mahu memberikan persetujuan ini, maka jangan gunakan borang elektronik di laman web Momentum Internet Sdn. Bhd.

Laman web kami (seperti laman web yang lain) menghasilkan ‘cookies’, yang merupakan fail khas yang dikumpulkan oleh server untuk mengenalpasti pelanggan/peranti pelanggan setiap kali pelanggan mengunjungi laman web ini. ‘Cookies’ ini tidak merekod data kekal dan tidak disimpan di hard drive komputer pelanggan dan ‘cookies’ akan terpadam secara automatik sekiranya pelanggan menutup browser komputer.

Momentum Internet Sdn. Bhd. akan mendedahkan data peribadi pelanggan kepada pihak berkuasa kerajaan jika dipaksa oleh undang-undang. Selain itu, kami juga boleh mendedahkan maklumat peribadi pelanggan kepada orang lain yang mempunyai hak berdasarkan undang-undang Malaysia selagi mereka mempunyai bukti kuasa untuk melakukannya. 

Kami akan menyimpan maklumat peribadi yang pelanggan berikan kepada kami selagi ada alasan untuk melakukannya, misalnya untuk memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan, atau untuk melindungi kepentingan Momentum Internet Sdn. Bhd. Sekiranya tiada keutamaan, kami akan membersihkan data pelanggan dari sistem pemfailan elektronik, manual, dan lain-lain mengikut prosedur dalaman kami. 

Momentum Internet Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah dan meminda apa-apa dasar polisi pada bila-bila masa. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perubahan dan pemindaan di halaman ini. 

Permintaan untuk pembetulan maklumat yang dikemukakan boleh ditujukan kepada kami di sales@momentuminternet.com

SYARAT-SYARAT AM

Di Momentum Internet Sdn. Bhd., tujuan kami adalah mudah. Kami mementingkan nilai-nilai yang dapat membantu usahawan dan perniagaan seluruh dunia untuk meningkatkan jualan syarikat mereka ke tahap yang cemerlang. Kami sentiasa memastikan bahawa pelanggan merasakan pengalaman positif dan seronok ketika berurusan. Kami memastikan penyampaian ilmu serta servis khidmat pelanggan diberikan sebaiknya.

Untuk menjaga dan melindungi perhubungan baik antara Momentum Internet Sdn. Bhd. dan pelanggan, kami telah menyediakan syarat-syarat am (“Terms and Conditions”) bagi setiap pembelian tiket program daripada pihak kami sendiri.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, berikut adalah butirannya :

  1. Pihak penganjur dengan ini menerima bahawa anda telah bersetuju dengan segala syarat yang telah ditetapkan.
  2. Peserta berumur 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menghadiri program ini.
  3. Peserta boleh menaiktaraf (“Upgrade”) pakej program daripada pakej rendah ke pakej tinggi tetapi tidak boleh turuntaraf (‘Downgrade”) daripada pakej tinggi ke pakej rendah. Permohonan pertukaran yang dibenarkan hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pihak penganjur pada bila-bila masa sebelum program dan dalam tempoh 14 hari selepas program tamat.
  4. Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri ke program pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Pihak penganjur perlu dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh program.
  • Anda MESTI menghadiri program yang sama dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pendaftaran program dibuat. Pendaftaran anda akan terbatal sekiranya tiada kehadiran dalam tempoh 6 bulan yang telah ditetapkan dan semua pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
  • Sekiranya terdapat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, anda boleh menukar ke mana-mana program/produk lain dibawah anjuran pihak penganjur dalam tempoh 1 tahun sahaja.
  • Penggantian dengan penama lain DIBENARKAN (cas RM100 dikenakan) dan permohonan pertukaran nama mesti dibuat secara bertulis selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh program.

 

Penting! Syarat pembayaran untuk program Momentum Internet Sdn. Bhd. adalah seperti berikut :

  • Segala pembayaran yang telah dibuat kepada pihak penganjur untuk tujuan penyertaan program yang telah didaftarkan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
  • Bayaran penuh yuran penyertaan program mestilah diselesaikan 7 hari sebelum program bermula. Kegagalan menjelaskan baki bayaran yuran penyertaan anda sebelum program akan mengakibatkan penyertaan anda dibatalkan.
  • Sekiranya anda telah menjelaskan bayaran penuh bagi pakej yang ditawarkan, anda dibenarkan untuk menunda ke program dan pakej yang sama pada tarikh yang akan datang dalam tempoh 6 bulan. Anda MESTI memaklumkan pihak penganjur untuk tujuan ini secara bertulis.
  • Akan tetapi, sekiranya anda menunda program yang telah didaftarkan dan bayaran penuh masih belum dijelaskan, jumlah yuran penyertaan program baru akan dikenakan mengikut harga dan pakej semasa. Perlu dijelaskan bahawa anda tidak lagi berpeluang mendapatkan harga promosi yang ditawarkan pada tarikh borang ini ditandatangani.