ROCKETSTAR

Ridzuan Asaddok

CORPORATE OFFICE DIVISION

CORPORATE OFFICE DIVISION

Mengawasi team dan memastikan tugasan harian dilaksanakan sebaiknya. Menguruskan belanjawan syarikat dan memastikan kewangan dan pengurusan pentadbiran dalam keadaan baik. Memantau perbelanjaan syarikat, memproses gaji bulanan team, dan memastikan bekalan dan stok kegunaan pejabat serta peralatan untuk kegunaan pejabat berfungsi dengan baik. Mengawasi projek dan program syarikat dan memantau proses perjalanan syarikat seiring dengan visi dan misi syarikat.

Syakirin Hashim

MARKETING DIVISION

MARKETING DIVISION

Menyusun strategi pemasaran melalui pembuatan digital, iklan, komunikasi, dan creative content. Memperkenalkan brand dan jenama syarikat dan memastikan penyampaian jenama syarikat lebih kukuh dalam pelbagai saluran pemasaran. Menganalisis tingkahlaku dan menentukan personaliti pelanggan yang berpotensi. Menyelaraskan usaha penjualan dan pemasaran untuk meningkatkan brand awareness. Melakukan pelbagai strategi kempen pemasaran.

Fendy Abas

RESEARCH & DEVELOPMENT DIVISION

RESEARCH & DEVELOPMENT DIVISION

Mengawasi penciptaan produk baru dan memberi idea atau keputusan produk yang perlu diusahakan. Mengawasi perkembangan produk dan program baru bermula daripada fasa awal hingga pelaksanaan. Melakukan penyelidikan mengenai bidang R&D yang terkini. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk memikirkan idea produk baru dan juga menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif. Menggunakan teknologi baru dalam pembuatan produk di dalam dan di luar syarikat.

Rashid Mahmad

SALES DIVISION

SALES DIVISION

Memahami keperluan asas pengguna. Mengembangkan sasaran jualan dan mencari peluang untuk pertambahan jualan. Menerapkan strategi penjualan kepada team jualan dan memimpin team untuk melakukan tindakan penjualan yang kompetitif. Mengenalpasti roadmap untuk mencapai visi dan misi syarikat. Sentiasa bekerjasama dengan jabatan lain di dalam syarikat untuk memastikan produk jualan selaras. Melakukan penyelidikan mengenai trend pasaran terkini

Redza Nazri

OPERATIONS DIVISION

OPERATIONS DIVISION

Memastikan dasar dan prosedur operasi program berjalan dengan selamat. Membina hubungan baik dan konsensus antara pengurus, rakan kongsi. Menentukan keperluan pengendalian dan penyimpanan produk terpelihara. Bertanggungjawab untuk pengangkutan dan alatan sewaan untuk program. Menetapkan kontrak dan harga, serta mengekalkan hubungan baik dengan agensi luar. Mendapatkan harga peralatan, dan tahap perkhidmatan yang baik dengan vendor.